Tahniah diucapkan kepada selebriti popular Neelofa yang selamat melahirkan anak pertamanya di sebuah pusat perubatan kira-kira jam 3.44 petang Sabtu lalu.

Berita gembira itu dimaklumkan oleh suaminya, pendakwah bebas, Haris Ismail atau PU Riz di Facebook sebentar tadi. Meluahkan rasa syukur proses bersalin isterinya dipermudahkan, PU Riz memberitahu Neelofa kini sedang berehat.


BACA: Neelofa Pernah Mengidam Makan Nasi Lemak Setiap Hari

PU Riz turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang sentiasa mendoakan kesejahteraan buat mereka serta memohon doa yang baik-baik buat zuriat mereka.


Sementara itu, pasangan itu turut mengumumkan nama anak lelaki mereka yang diberi nama Muhammad Bilal.

Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac tahun lalu.