fbpx

Neelofa Pernah Mengidam Makan Nasi Lemak Setiap Hari

Tidak dinafikan kebanyakan wanita hamil pasti akan melalui fasa mengidam makanan dan adakalanya ada yang idam benda pelik-pelik.

Selebriti popular, Neelofa juga turut tidak terlepas melalui perkara itu apabila mendedahkan dia pernah mengidam nasi lemak hampir setiap hari di awal kehamilannya.

BACA: Netizen Puji Neelofa Naik Berat Badan 18 Kg Pun Cantik

“Pada mulanya saya tak tahu inikah rasa mengandung? Sangat mencabar sebab badan kita berubah ditambah pula dengan ‘morning sickness’ pada trimester pertama.

“Pada awalnya, saya ingatkan tidak akan mengidam tetapi selepas memasuki fasa ketiga kehamilan baru sedar saya mengidam nasi lemak hampir setiap hari,” katanya.

Berkongsikan perkara itu ketika sesi IG Live bersama penyanyi, Ernie Zakri, isteri kepada PU Riz itu berkata nasi lemak menjadi antara makanan wajibnya setiap pagi.

Katanya, dia mengidam nasi lemak setiap hati ketika fasa pertama dan kedua kehamilannya namun keinginannya itu hilang sebaik sahaja memasuki fasa ketiga.

“Pada fasa pertama dan kedua, nasi lemak memang kena ada setiap hari. Setiap kali bangun pagi mesti akan mula mencari kedai dalam talian yang menjual nasi lemak tetapi selepas masuk fasa ketiga, tiada langsung keinginan untuk menjamahnya,” katanya.

Kata Neelofa lagi, dia seorang yang sentiasa mengambil makanan tambahan atau suplemen kesihatan namun semenjak hamil dia tidak mengambilnya.

“Saya seorang yang makan suplemen seperti vitamin tetapi sekarang nak telan pun tidak boleh. Makan sikit terus rasa pening dan memang pelik. Itu antara benda yang berbeza sebelum dan selepas hamil,” katanya.