fbpx

Neelofa Sedih Nasib Hampir 400 Jemaah Haji Terkandas Di KLIA

Malam tadi tular di media sosial apabila kira-kira 380 bakal jemaah haji terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Berita duka itu turut mendapat perhatian sleebriti terkenal Neelofa yang meluahkan rasa sedih mendengar perkhabaran tersebut.

BACA: Neelofa Puji Suami Kerja Keras, Pukul 5 Pagi Masih Di Kilang

Menerusi satu perkongsian di Facebook, Neelofa turut mendoakan agar urusan jemaah tersebut dipermudahkan serta terus kuat semangat.

Neelofa juga berharap agar ke semua jemaah itu diberikan rezeki untuk menunaikan ibadah haji di tahun akan datang.

Semalam kecoh di KLIA apabila hampir 400 jemaah haji tidak dapat berlepas ke Jeddah. Kesemua jemaah dikatakan menjadi mangsa sindiket penipuan visa Furada untuk ke sana dan berdaftar dengan agensi swasta.