fbpx

Neelofa, PU Riz Tak Mengaku Salah Langgar SOP PKPB

Selebriti popular, Neelofa dan suaminya, PU Riz mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Seremban hari ini atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Neelofa dan PU Riz yang tiba di mahkamah pada 8.50 pagi, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan majistret Mahyun Yusoff.

BACA: Kes Beli Karpet Di Nilai 3, Neelofa & PU Riz Didakwa Di Mahkamah Esok

Pasangan itu didakwa atas pertuduhan tidak membuat imbasan aplikasi MySejahtera atau menulis secara manual nama dan nombor telefon sebelum memasuki premis Kedai Naeem Carpet Sdn Bhd.

Sementara itu, Muhammad Haris juga didakwa tidak memakai pelitup muka di tempat awam iaitu di premis kedai sama dan pada tarikh serta waktu yang sama.

Mahkamah membenarkan PU Riz diikat jamin RM10,000 untuk kedua-dua kesalahan manakala Neelofa diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan 4 Jun untuk sebutan semula kes.