fbpx

Neelofa & PU Riz Korban Dua Lembu, Ikut Ciri Ditetapkan Dalam Al-Quran

Tahun ini, pendakwa bebas, Harris Ismail atau PU Riz dan isterinya selebriti terkenal, Neelofa mengorbankan dua lembu sempena ibadah korban.

“Bukan KLIA Sahaja, Airport Seluruh Malaysia Perlu Dinaik Taraf”

Baru-baru ini isu lapangan terbang di Malaysia menjadi bualan ramai apabila sebuah gabungan syarikat antarabangsa termasuk Global Infrastructure Partners (GIP) membuat bidaan untuk membeli pegangan penting dalam Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB). MAHB diketahui umum...

Baca Lagi

Memetik BH Online, PU Riz meluahkan rasa syukur lembut yang ditumbangkan itu mempunyai ciri-ciri seperti disebut dalam al-Quran.

BACA: Berpantang Anak Kedua, Neelofa Guna Bidan Kampung

“Alhamdulillah, kami dapat lembu yang cantik tahun ini. Mungkin ada orang rasa macam pelik apabila kita bincang pasal lembu, tetapi kita kalau nak korbankan lembu, kena mengikut ciri-ciri yang ditetapkan.

“Antaranya, adakah lembu itu bertanduk, mempunyai bonggol, saiz lembu dan warnanya, seperti yang disebut dalam surah al-Baqarah. Kami bersyukur dapat lembu yang cantik, ada bonggol, bertanduk, besar dan berwarna putih.

“Tahun ini kami akan tumbangkan dua lembu. Satu untuk majlis korban di kampung dan satu lagi dibuat di Kuala Lumpur,” katanya.

Dalam pada itu, Neelofa berkata Aidiladha tahun ini disambut secara sederhana bersama adik-beradik. Ujarnya lagi, ibu bapa serta mentuanya tidak berada di ibu negara pada Hari Raya Haji tahun ini.

“Aidiladha disambut seperti biasa, serba sederhana. Cuma, kami akan beraya bersama adik beradik sahaja kerana orang tua kami pulang ke kampung. Secara kebetulan, ibu bapa mentua saya juga tiada di Kuala Lumpur kerana pergi bercuti.

“Bagaimanapun, saya akan mengundang adik-beradik untuk beraya bersama dan melihat majlis korban yang akan dilaksanakan,” katanya.