fbpx

“Neelofa Pernah Cuba Islamkan Saya Masa Di Rome”

Baru-baru ini, umat Islam mendapat perkhabaran gembira apabila pengarah dan penerbit, Michael Ang mengesahkan dia sudah memeluk agama Islam lebih setahun lalu. Michael Ang turut berkongsi cerita dimana dia telah mendapat hidayah sejak dua tahun lalu apabila dia mimpikan Kaabah.

Baru-baru ini, menerusi satu program terbarunya, Michael menceritakan pelakon dan pengacara, Neelofa pernah cuba untuk mengislamkan dirinya. Namun, Michael membuat pengakuan bahawa  ketika itu dia sudah pun bergelar Mualaf.

https://www.instagram.com/p/BxJnAAehzNH/?utm_source=ig_embed

Menerusi perbualan itu, Michael turut menceritakan bagaimanapun dia terbuka hati untuk mendalami tentang agama Islam dan memeluk Islam. Dalam pada itu, Neelofa turut mendoakan agar Allah sentiasa membantu perjalanan Michael agar tidak mudah goyah.

Diruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar pengarah itu kekal istiqomah dan menjadi Muslim yang baik. Malah ramai yang mengatakan Michael antara insan yang terpilih kerana mimpikan Kaabah.

Kata netizen lagi, Neelofa sememangnya sahabat yang baik kerana sahabat yang baik akan membimbing ke arah kebaikan.