Neelofa Nafi Bakal Berundur Dari Dunia Hiburan, Kekal Bersama MeleTOP
Penghijrahan Neelofa mendapat reaksi positif ramai peminat dunia hiburan termasuklah mereka yang sebelum ini tidak pernah meminati dirinya kini bertukar menjadi peminat — hebat penangan satu perubahan positif kepada kerjaya selebriti.
Namun, ada cakap cakap yang mengatakan penghijrahan Neelofa akan menyebabkan wanita ini akan mula berlagak seperti Ustazah Segera seperti beberapa kes sebelum ini dan beliau tampil memberikan kenyataan berhubung perkara ini.
BACA: Dengar Penjelasan Kisah Penghijrahan Neelofa Di IKIM FM, Sediakan Tisu
“Apabila berhijab tidak semestinya saya kena jadi ustazah segera sedangkan masih banyak lagi hal-hal agama yang saya perlu pelajari dan dalami. Saya tak mahu menjadikan perubahan ini sebagai sesuatu yang drastik tapi cukuplah kalau saya belajar perlahan-lahan & pada masa yang sama membawa manfaat kepada diri saya dan orang lain juga.” ujarnya.
Neelofa juga menjawab persoalan beberapa pihak akan kedudukan beliau dalam dunia hiburan & lebih lebih lagi status beliau sebagai pengacara program MeleTOP.
“Apabila niat berhijab terlaksana saya paling risau kedudukan saya sebagai pengacara program MeleTop memandangkan kandungan rancangan tersebut lebih terarah kepada bidang hiburan. Tapi alhamdulillah, nampaknya tak ada masalah yang besar dan mereka tetap akan menerima saya (sebagai pengacara),” tambahnya lagi.
Selain kekal sebagai pengacara, Neelofa juga akan muncul dengan dua buah filem yang sudah habis menjalani penggambaran ketika beliau masih belum bertudung dan turut menjelaskan tidak mempunyai sebarang masalah untuk mempromosikannya.
“Yang lepas tetap lepas, perkara tersebut tidak menjadi masalah besar pun kepada saya. Apabila saya berubah yang sudah terjadi tetap tak boleh diubah. Tak adil bagi saya untuk mengabaikan filem yang bakal keluar semata-mata kerana isu bertudung,” jelasnya. (rtky/m)
Sumber: Pancaindera (Utusan Malaysia) via OHBULAN!
hahahaha kn aku dh ckp..perempuan semua lawa beb kalau mekap 5inci.. ce tgk muke awek2 sbln nelopa tu..sume natural beauty je.. manis..kalo mekap lg blh kalah nelopa aku rase..korg yg puji nelopa lawa la cun la..dh dh la.. dh kembang semangkuk dh bontot lopa tu..
OLGA…you are sick!!!
Olga & Olgi dah nama pun retis kan kena cantik ..bior ler…memang kehidupan depa ‘belakon’ memanjang..heh heh heh
dia memang cantik in person….nampak sgt x pernah jumpa face to face
Ummmmphh yer ke cantik sesangat?
saya memang minat kat Neelofa, tumpang gembira anak Melayu pandai dan gigih berniaga.tak yah nak tumpang kekayaan orang.betul tu Neelofa tak yah masuk tv hijrah ke cita pjg2 bagai nape berhijab,atau apa tu ustazah segera.asal Allah tau sudah.buat apa nak bret kat satu dunia tentang nak berhijab.sampe keluar media dan tv dan fb berhari-hari berbulan-bulan.apa-apa pun Neelofa memang natural beauty.jaga perrwatakan dan harga diri.All the best.May Allah guide you always.