fbpx

Neelofa Mohon Maaf Isu Langgar SOP, Rentas Negeri

Dikecam teruk gara-gara tidak sensitif dengan berkongsikan foto dan video aktiviti bersantai ketika berada di Langkawi, selebriti popular Neelofa akhirnya mengakui kesilapannya.

Menerusi satu video, Neelofa tampil memohon maaf di atas kesilapannya itu iaitu isu pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) ketika majlis perhawinannya dan rentas negeri.

BACA: Buat Kenyataan Angkuh, Netizen Mahu Boikot Neelofa

“Saya seikhlas hati memohon maaf atas kesalahan SOP, dalam pengetahuan saya atau di luar pengetahuan saya tentang dua isu ini.

“Saya dan suami mengakui dan menerima hati yang terbuka segala tindakan daripada pihak berkuasa. Sekali lagi saya nak memohon maaf kerana kurang menjaga sensitiviti tentang hal ini,” katanya.

Kata Neelofa lagi, dia sepatutnya memberikan contoh yang baik kepada semua pihak terutama pengikutnya.

“Ada banyak perkara yang saya terlepas pandang dan saya patutnya memberi contoh yang lebih baik mengenai hal itu,” katanya.

Sejak dua minggu lalu, hangat diperkatakan mengenai majlis perkahwinannya dan suami, PU Riz yang didakwa tidak mengamalkan penjarakan fizikal.

Belum reda dengan isu itu, kecoh apabila tular kunjungan pasangan itu ke Langkawi atas urusan kerja namun gambar dikonsikan seperti bercuti.