fbpx

Sejak semalam, hangat diperkatakan mengenai selebriti popular, Noor Neelofa. Hari ini kecoh apabila Neelofa dan suaminya PU Riz didakwa di mahkamah berhubung perlanggaran prosedur operasi standard (SOP).

Malah, sejak semalam turut dilancarkan petisyen mendesak pihak berkuasa lebih tegas ke atas selebriti berkenaan dengan mengenakan hukuman penjara.

BACA: Peminat Kesal Neelofa Ditindas Seperti Rakyat Palestin

Isu terpalit Neelofa itu turut mendapat perhatian usahawan kontroversi, Sajat yang memuat naik status memuji bekas pengacara MeleTOP itu yang tetap kuat walaupun dikecam.

“Wanita sangat kuat walaupun banyak yang orang kecam beliau, biasanya orang bersinar ni, pasti ramai dengki. Saya tak pernah tengok beliau mengata orang malah dia sangat buat hal diri sendiri sahaja,” tulisnya.

Dalam pada itu, Sajat menyifatkan Neelofa adalah seorang yang baik serta akan sentiasa memberi sokongan terhadap pengacara itu.

“Mengenali Neelofa seorang sangat baik. Rindu time ikut Circle Makeup Artist mekapkan Neelofa 6 tahun lepas adalah kenangan saya bertemu ‘live’ bersama Neelofa.

“Sis! We are always support you. Hidup Neelofa!,” tulisnya lagi.

Terdahulu, mahkamah membenarkan PU Riz diikat jamin RM10,000 untuk kedua-dua kesalahan manakala Neelofa diikat jamin RM5,000 dan menetapkan 4 Jun depan sebagai tarikh sebut semula kes.