fbpx

Pejam celik, ssia Muhammad Bilal kini sudah mencecah tujuh bulan dan sememangnya ramai yang menantikan untuk melihat wajah anak sulung kepada selebriti terkenal, Neelofa.

Baru-baru ini, perkongsian Neelofa menjadi perhatian apabila memuat naik video memaparkan wajah sipi-sipi anaknya buat tatapan peminat. Video tersebut dikongsikan semula di akaun peminat selebriti itu serta mengatakan semakin cepat Bilal membesar.

BACA: Netizen Teruja Neelofa Hampir Dedah Wajah Bilal

@lofa.world

cepat nyaa Bilal membesar?dah masuk 7 months? #Neelofa #MuhammadBilalHaris #FYP

? Your mother KYOXJIN – kyojin

Menerusi video itu, dapat dilihat Bilal dari belakang yang sedang duduk sambil bermain mainan selepas bangun dari tidur.

Diruangan komen, rata-rata netizen memuji kecomelan anak Neelofa dan PU Riz itu meskipun tidak dapat melihat wajahnya. Sementara itu, ada yang membayangkan wajah Bilal seperti ibunya atau mirip sepupunya, Jebat Jayden.

Dalam pada itu, ada yang mengatakan meskipun hanya dapat melihat Bilal dari belakang namun mereka sudah tahu anak Neelofa itu memiliki wajah yang kacak.