Selebriti popular Neelofa enggan mengulas mengenai hubungan cinta adiknya, Ameera Khan dengan pelakon sensasi Indonesia, Jefri Nichol.
Memetik Harian Metro, Neelofa berkata lebih baik dia tidak memberikan kenyataan mengenai perkara itu kerana apa saja jawapan pasti akan dikecam netizen.
BACA: Neelofa Syukur Berjaya Kuasai Bahasa Arab, Baca Al-Quran Seperti Baca Buku
“Saya rasa nak simpan komen itu pada diri sendiri sebab ada sesetengah perkara tak perlu dijawab untuk orang ramai kerana ia hanya akan mendatangkan lebih banyak mudarat daripada kebaikan.
“Kalau kita jawab nanti lebih ramai yang kutuk, apa saja jawapan pasti kena kecam. Jadi lebih baik saya senyap dan tak perlu jawab,” katanya.
Sementara itu, Neelofa berkata tidak adil untuk membandingkan dirinya dengan Ameera kerana mereka tidak berada dalam industri yang sama.
“Sebenarnya tak boleh nak samakan sebab kami dalam bidang yang berbeza. Zaman sekarang dunia media sosial, sesiapa pun boleh jadi terkenal.
“Dulu orang memang ambil tahu tentang selebriti saja tapi tak boleh bandingkan dengan adik saya. Dia (Ameera) bukan pelakon, penyanyi atau pengacara,” katanya.
Sumber: Harian Metro