fbpx

Neelofa Doa Dikurniakan Zuriat Yang Baik & Menyenangkan

Meskipun hangat diperkatakan oleh netizen yang mengatakan terlihat baby bump, bagaimanapun selebriti popular, Neelofa masih lagi belum mengesahkan mengenai spekulasi berbadan dua.

Lebih selesa membiarkan peminat menilai sendiri, Neelofa bagaimanapun menghargai ramai yang memberikan doa baik-baik buat dirinya.

BACA: Warga Selangor Dedah Usia Kandungan Neelofa 5 Bulan?

“Saya mahu membiarkan orang bercakap. Sebelum ini, saya ada mengatakan orang akan nampak perubahan fizikal saya.

“Jadi, tidak perlulah saya nak umum apa-apa. Perlahan-lahan orang akan nampak, saya bukannya boleh sorok sehingga penghujung. Bagaimanapun, saya bersyukur apabila gambar itu tular, orang ramai mendoakan yang baik-baik buat saya, Alhamdulillah,” katanya.

Ditanya mengenai impian cahaya mata, Neelofa berkata dia berdoa agar dikurniakan zuriat yang baik serta menyenangkan ibu bapa.

“Sudah tentu apabila bercakap mengenai zuriat, saya mahu melahirkan zuriat yang baik akhlak, beriman, ikut suruhan dan perintah Allah serta Rasul.

“Kerana anak yang baik bakal menyenangkan ibu bapa nanti. Jadi, pastinya saya mahukan anak yang boleh dibentuk, senang dijaga dan beradab.

“Dunia sekarang terlalu terdedah, jadi sangat berisiko untuk setiap ibu bapa yang membesarkan anak. Saya sendiri tidak tahu apa akan jadi di luar nanti. Jadi, kena banyak berdoa agar zuriat dilahirkan menjadi anak yang baik. Bukan luaran semata-mata, tetapi juga dalaman,” katanya.