fbpx

Warga Selangor Dedah Usia Kandungan Neelofa 5 Bulan?

Meskipun sudah banyak kali peminat mengatakan terlihat baby bump, bagaimanapun selebriti popular, Neelofa masih lagi tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengesahkan dirinya hamil.

Bagaimanapun, foto terbaru selebriti itu menjadi perhatian ramai apabila seorang netizen menggunakan nama profil @seksyen7_shahalam seakan mendedahkan usia kandungan Neelofa.

BACA: Peminat Mengalir Air Mata Bila Baby Bump Neelofa Dah Nampak Nyata

“5 bulan. Saya duduk di Selangor, beliau ke pusat perubatan swasta,” tulis netizen itu.

Menerusi komen berkenaan, jika benar Neelofa hamil, usia kandungannya kini sekitar 5 bulan, jangkaan melahirkan anak sulung pada Mac 2022.

Terdahulu, Neelofa berkata adalah lebih baik jika berkongsikan tentang kelahiran berbanding proses kehamilan kerana bimbang pelbagai kemungkinan boleh berlaku.