fbpx

Neelofa Ditegur Panggil Anak Elisya Sandha ‘Boy’

Selepas melahirkan anak sulungnya pada June lalu, pelakon Elisya Sandha tidak lokek berkongsikan foto anak perempuannya yang diberi nama Bunga Elhaq.

Baru-baru ini, Elisya ada memuat naik video anaknya. Diruangan komen ramai yang memuji kecomelan cucu sulung pelakon dan penerbit terkenal, Sheila Rusly itu.

BACA: Elisya Sandha Dituduh Poyo Kongsi Kisah Suami Berkorban Bangun Malam Jaga Anak

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Elisya (@elisyasandhaofficial)

Tidak ketinggalan, selebriti popular Neelofa juga turut meninggalkan satu komen berbunyi ‘Cheecky boy masyaAllah’ pada video dikongsikan Elisya.

Bagaimanapun, komen Neelofa itu menerima teguran ramai yang memaklumkan anak Elisya adalah jantina perempuan dan bukannya lelaki. Dalam pada itu, ada yang mengatakan mungkin kerana Neelofa sudah biasa dengan anak lelakinya disebabkan itu tersilap.

Sementara itu, ada mengambil kesempatan bertanyakan bilakah Neelofa akan mendedahkan wajah anaknya, Muhammad Bilal kepada umum.

 

 

Elisya mendirikan rumah tangga dengan anak sulung Sheila iaitu Uzair Haqimy pada 21 Ogos 2021 dan dikurniakan cahaya mata perempuan pada 18 Jun lalu.