fbpx

Sempena Hari Raya Aidiladha semalam, pelakon Elisya Sandha dan suami, Uzair Haqimy melakukan ibadah akikah buat puteri sulung mereka, Bunga Elhaq.

Menerusi perkongsian di Instagram, Elisya turut menitipkan penghargaan buat suaminya yang bangun setiap malam membantu untuk menjaga anak mereka.

BACA: “Melahirkan Bunga Elhaq Adalah Pengorbanan Paling Besar” – Elisya Sandha

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Elisya (@elisyasandhaofficial)

Bagaimanapun, perkongsian Elisya itu menimbulkan rasa kurang senang netizen dimana ada tiada apa yang perlu dikagumi kerana sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa menjaga anak.

Memetik Astro Gempak, pelakon berusia 23 tahun itu enggan melayan apa yang diperkatakan netizen kerana apa yang diluahkan itu bersifat peribadi.

“Jadi, saya bukan mahu mendabik dada dan memeningkan kepala memikirkan kata sinis netizen atau yang berbaur negatif. Saya tak memerlukan justikasi mereka dalam hal ini.

“Saya juga percaya ruang menulis dan berkongsi apa saja bentuk perkongsian di media sosial tidak memerlukan pandangan mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Elisya berkata ia tidak menjadi satu masalah selagi apa yang dikongsikannya itu tidak bersifat buruk. Ujarya lagi, jika terlalu asyik memikirkan mengenai tanggapan orang, hidup kita tidak akan kemana.

“Selagi saya rasa ia masih okey dan baik untuk dikongsi dan dizahirkan, ia takkan menjadi kudis pun. Hidup ini bukan sentiasa atau setiap masa perlu melihat segala sudut pandangan orang lain. Kalau asyik memikirkan pandangan orang, mungkin kita takkan ke mana-mana.

“Saya anggap luahan itu adalah bentuk dedikasi jujur. Mereka juga boleh melakukan perkara sama. Tapi ia terpulang kepada terjemahan org lain yang mungkin fikir ia seperti poyo atau apa saja tafsiran negatif,” katanya..