fbpx

Neelofa Dilantik Jadi Ahli Lembaga Pengarah AirAsia

AirAsia dalam satu kenyataan hari ini mengumumkan yang selebriti popular, Neelofa telah dilantik sebagai pengarah bebas bukan eksekutif syarikat penerbangan itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tony Fernandes berkata Neelofa merupakan penambahan yang baik kepada lembaga pengarah memandang pengalaman beliau sebagai usahawan, pencipta jenama dan inovator industri.

Beliau berkata Neelofa akan dapat menyuntik pandangan baharu kepada perniagaan AirAsia ketika syarikat itu melangkah ke arah penerbangan digital.

“Neelofa bijak, muda dan berdikari sendiri – ciri-ciri yang kami perlukan untuk membantu syarikat terus kekal dihadapan. Reputasi beliau sebagai ahli perniagaaan wanita utama di Malaysia dan rekod prestasi baik beliau memperjuangkan wanita dalam perniagaan adalah satu inspirasi kepada kami. Saya berharap dapat bekerjaa bersama-sama dengan Neelofa,” kata Fernandes.

Sementara itu Neelofa berkata pelantikan tersebut bukan sahaja satu pencapaian bagi beliau tetapi juga bagi semua wanita.

“Saya teruja untuk menggalas peranan baharu ini, mencabar diri saya sendiri untuk meningkatkan lagi prestasi diri dan pergi lebih jauh lagi.

“Saya juga teruja untuk mewakili Generasi Y dan menyuarakan pandangan kami bagi perniagaan,” katanya.

Tahniah buat Neelofa yang sekali lagi membuktikan dirinya bukan calang calang wanita dalam dunia perniagaan. (rtky/m)