fbpx

Neelofa Bantu 11 Keluarga Terjejas Insiden Letupan Kereta

Terkesan dengan insiden letupan kereta di Kota Bharu sehingga mengakibatkan kediaman rosak, selebriti popular Neelofa tampil menghulurkan sumbangan wang tunai kepada 11 keluarga di flat Kampung Sireh.

Sumbangan tersebut disalurkan melalui Pertubuhan Kasih Neelofa. Menurut Neelofa, dia mendapat berita mengejutkan itu daripada saudaranya yang tinggal berdekatan lokasi kejadian.

BACA: Neelofa Hilang 100,000 Pengikut Di Instagram

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

“Letupan yang berlaku itu turut menyebabkan cermin masjid yang berdekatan pecah dan ketika kejadian terdapat empat mangsa lain yang terbabit.

“Terkesan dengan insiden yang berlaku ini, saya melalui Pertubuhan Kasih Neelofa segera merangka pelan bantuan kecemasan untuk disalurkan kepada mangsa yang terbabit bagi meringankan beban yang ditanggung,” katanya.

Sumbangan itu disampaikan Pegawai Tugas-Tugas Khas badan pertubuhan berkenaan di Kota Bharu. Sementara itu, Neelofa berkata Pertubuhan Kasih Neelofa didaftarkan di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia sejak Jun tahun lalu bertujuan bagi menjalankan kerja serta aktiviti kebajikan.

Terdahulu, seorang lelaki berusia 40-an maut selepas kereta Proton Iswara dipandunya meletup dipercayai mangsa merokok selain membawa mercun bola dalam kuantiti yang banyak.