fbpx

Neelofa Bakal Tunai Ibadah Haji September Ini

Tahniah buat pelakon dan pengacara Neelofa kerana bakal menunaikan ibadah haji pada September ini. Berita tersebut dikongsikan bersama Harian Metro selain menyatakan bahawa pemergiannya ke Tanah Suci kali ini adalah bersama ibu bapanya.

BACA: Neelofa Nafi Skandal Dengan Suami Orang

“Alhamdulillah impian saya untuk membawa ibu bapa menunaikan Haji tercapai. Saya terkejut dan teruja apabila disahkan mendapat tempat untuk menunaikan haji tahun ini. Insya-Allah kami akan ke Makkah pada 5 hingga 20 September ini”
Menurut Neelofa, sebelum ini dia sudah mengerjakan umrah sebanyak dua kali.

“Saya sedar dugaan dan ujian ketika menunaikan haji akan lebih mencabar. Doakan semoga semuanya berjalan lancar dan mendapat keberkatan Ilahi,” katanya.

Tambah Neelofa, antara doa yang ingin dipanjatkan ketika mengerjakan haji nanti adalah dipertemukan jodoh secepat mungkin. Sebelum ini, Neelofa pernah menafikan bahawa dia terbabit dengan mana-mana skandal melibatkan suami orang. (rtky/s)