fbpx

Neelofa Artis Paling Banyak Dijemput Pertunjukan Fesyen

Ketika ini berlangsung dengan meriahnya pertunjukan fesyen di New York. Ramai selebriti antarabangsa turut hadir, termasuk selebriti tempatan kita, Neelofa yang sedang sakan bergaya mewah di pertunjukan fesyen New York.

BACA: Dijangkiti Influenza A, Neelofa Dikuarantin Seminggu

Sering hadir ke pertunjukan terbesar itu, Neelofa meluahkan rasa syukur kerana menjadi artis tempatan yang paling banyak mengikuti pertunjukan fesyen di New York dan makan malam bersama pereka jenama mewah antarabangsa.

“Alhamdulillah, saya dapat bertemu pereka fesyen terkemuka dunia seperti Tommy Hilfiger. Saya juga bersua muka bersama model hijab terkemuka, Halima Aden dengan menimba pengalaman berhubung rekaan pakaian serta peragaan”

“Menerusi jemputan NYFW, saya menyertai 13 aktiviti, lima pertunjukan fesyen, makan malam bersama pereka fesyen selain mencuba pakaian di bilik pameran. Ketika ‘fitting’, Tommy Hilfiger muncul dengan memberikan kata pujian”

“Akhir sekali, saya kembali semula ke Paris Fashion Show antara 24 September hingga 1 Oktober ini sebelum ke Monaco pada 5 hingga 7 Oktober depan. Saya berharap dapat mengumpul ilmu menerusi semua penyertaan ini,” jelasnya.

Kongsi Neelofa, beliau turut menerima undangann menghadiri pertunjukan fesyen di Paris, Perancis pada Khamis dan Jumaat ini sebelum bertolak ke Milan, Itali untuk menyertai pertunjukan itu September ini.

Wah, bertuah sunggun Neelofa kerana dapat berpeluang menyertai dan bertemu empat mata dengan pereka-pereka fesyen terkenal antarabangsa. Dengan ini kami kongsikan beberapa fesyen Neelofa di New York! (rtky/w)