fbpx

Neelofa Akui Tidak Tahu Yang Escargot Haram Dimakan

Berpunca daripada perkongsian gambar siput Escargot di Instagram Neelofa baru-baru ini, ramai peminat yang berbalah mengenai status halal haiwan berkenaan dan menurut Harian Metro hari ini, pelakon dan pengacara itu tidak mengetahu tentang perkara berkenaan.

BACA: Peminat Prihatin Bila Neelofa Makan Siput Babi

“Saya jadi terkejut apabila ia menimbulkan perbalahan antara pengikut di Instagram selepas saya memuat naik gambar itu. Saya amat teliti dan menitikberatkan makanan yang saya ambil termasuklah gambar yang mahu dikongsikan kepada umum”

“Kalau saya tahu status halalnya meragukan sudah tentulah saya takkan sentuh pun makanan itu,” katanya mengakui dia memakan siput berkenaan kerana dimaklumkan ia boleh dimakan sejak dia kecil lagi. Dia turut menjelaskan akan merujuk perkara berkenaan kepada pihak berkaitan.

Sebelum ini melalui semakan kami di laman web rasmi Fatwa Malaysia, e-Fatwa mengesahkan status Escargot adalah haram dimakan umat Islam. (rtky/s)