fbpx

Neelofa Akhirnya Dedah Wajah Muhammad Bilal

Sejak semalam hangat diperkatakan di media sosial apabila ada individu mendedahkan wajah anak pasangan selebriti popular, Neelofa dan Haris Ismail iaitu Muhammad Bilal.

Susulan penyebaran tersebut, Neelofa mengakui terkilan dengan tindakan netizen tersebut serta menyifatkan apa yang dilakukan individu itu seolah-olah tidak menghormati privasi keluarganya.

BACA: “Edit Muka Anak Saya Sampai Jadi Bukan Rupa Dia, Lepas Tu Sebar…Puas Hati?” – Neelofa

Bagaimanapun, sebentar tadi Neelofa akhirnya mendedahkan wajah anak kesayangannya itu buat tatapan umum.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

Menerusi video dimuat naik, Neelofa berkongsikan koleksi gambar anaknya termasuk beberapa gambar yang pernah dikongsikan di media sosial yang ditutup wajahnya sebelum ini.

Dalam perkongsian berkenaan, Neelofa turut meluahkan rasa sedih apabila anaknya itu disakiti apatah lagi Bilal  masih kecil.

“Antara kecintaan tertinggi & teragung ummi di dalam hidup ini…Tiada yang lebih menyayatkan hati selain anak ummi ini disakiti, pasti semua ibu kasih dan cinta kan anak mereka apatah lagi sewaktu mereka kecil,” tulisnya.

Menitipkan rasa sayang pada anaknya, Neelofa menyifatkan Bilal adalah hadiah paling berharga yang dikurniakan oleh Allah buat dirinya serta meluahkan rasa syukur akan kelahirannya.

“Sungguh ini adalah hadiah yang Allah kurniakan dalam hidup ummi menjadi penyejuk mataku
Syukur yang tiada penghujung padaMu ya Allah.Ummi doakan Bilal menjadi asbab agama tersebar seluruh alam. Terima kasih wahai Allah Yang Menzahirkan anak ini kepada kami…” tulisnya.