fbpx

Sejak semalam hangat diperkatakan apabila ada individu menyebarkan gambar Muhammad Bilal yang juga anak kepada pasangan selebriti popular, Neelofa dan Haris Ismail.

Susulan penyebaran tersebut, Neelofa mengakui terkilan dengan tindakan netizen tersebut serta menyifatkan apa yang dilakukan individu itu seolah-olah tidak menghormati dirinya.

BACA: Neelofa Tersinggung Netizen Sebar Wajah Bilal

Malah, hari ini pula tular apabila beberapa gambar Bilal yang telah diedit dan dijadikan bahan jenaka di media sosial oleh netizen.

Menerusi perkongsian di Insta Story sebentar tadi, Neelofa meluahkan rasa sedih dan terluka apabila ada netizen yang bertindak mengedit wajah Bilal menjadi orang lain.

“Edit muka anak saya sampai jadi bukan rupa dia, lepas tu sebar gambar yang edit fake tu… dan macam-macam orang komen jahat pada anak saya. Dah puas hati? Tak tahu nak rasa apa, Allahuakbar,” tulisnya.

Dalam perkongsian lain, Neelofa turut mengingatkan supaya jangan melampau dalam melakukan sesuatu perkara seperti mengubah wajah bayi semata-mata untuk kepuasan hati sendiri sehingga menimbulkan fitnah.

Neelofa turut mengingatkan supaya menjaga hati dan perasaan para ibu yang melalui kesusahan sewaktu mengandung serta melahirkan anak.