Pelakon Nora Danish menafikan spekulasi serta dakwaan bahawa dia bakal rujuk semula dengan bekas suaminya, Nedim Nazri.
Memetik Utusan Online, Nora berkata mungkin ramai yang keliru melihat keaakraban mereka dan tiada langsung perancangan untuk kembali bersama.
BACA: Takut Azab Neraka al-Hutamah, Nora Danish Jual Semua Kasut Tinggi
“Saya baru dengar cerita ini hari ini. Mungkin keakraban kami yang buatkan orang keliru atau salah faham. Dia memang betul-betul ‘soulmate’ saya tetapi untuk rujuk kembali, tidak. Kami memang tak boleh bersama.
Sementara itu, Nora berkata dia dan Nedim pernah berumah tangga hampir tujuh tahun serta saling memahami namun mereka lebih selesa dengan hubungan sekarang.
“Situasi kami adalah pernah hidup bersama dan memahami sesama sendiri dan itu sahaja, tidak lebih dari itu. Untuk dakwaan saya akan rujuk dengan bekas suami saya itu, saya sangkal dakwaan tersebut.
“Memang tiada langsung ura-ura rujuk, cuma kami selesa dengan keadaan hubungan kami ini,”katanya.
Dalam pada itu, Nora menegaskan dia belum bersedia untuk kembali berumah tangga kerana dia kini dalam fasa untuk mengenali diri serta mahu mendekatkan diri dengan Allah. Namun, Nora mengakui ada yang mendekati dirinya.
“Kalau ada yang mahu mendekati saya untuk berkahwin, memang ada. Cuma saya ada letakkan batasan bahawa saya masih belum bersedia untuk berkahwin.
“Fokus saya sekarang ini adalah untuk mengenali diri saya sahaja. Kalau Allah berikan saya jodoh, saya tak mahu terburu-buru dalam mengejar perkahwinan seterusnya hanya kerana saya sunyi,”katanya.
SUMBER: Utusan Online