fbpx

Nazrey Tak Terkilan Raihan Tak Jemput Konsert

Umum mengetahui, kumpulan nasyid popular Raihan bakal mengadakan Konsert Garis Masa Raihan yang akan berlangsung di Shah Alam, pada November depan.

Memetik Harian Metro, bekas anggota kumpulan tersebut iaitu Nazrey Johani tidak terkilan jika tidak dijemput menyertai konsert itu.

BACA: Raihan Minta Jangan Cepat Hukum Yasin, Penyanyi Nasyid Juga Manusia Biasa

Menurut Nazrey, dia sebaliknya syukur dan gembira apabila kumpulan tersebut berjaya merancang konsert semprna ulang tahun ke-26 Raihan itu.

“Saya bersyukur atas usaha mereka. Bagi saya, kalau dijemput (menjayakan konsert itu), saya pergi. Kalau tidak, buat apa saya mahu bising-bising. Itu hak mereka (anggota Raihan) hendak panggil saya atau tidak,” katanya.

Sebelum ini, selepas Raihan mengumkan mengenai konsert berkenaan peminat tertanya-tanya adakah Nazrey akan turut serta.

Bagaimanapun, Nazrey berkata dia perlu akur dengan keputusan Raihan serta meminta semua peminat memahami. Ujarnya lagi, dia juga tiada masalah serta bersyukur jika dipanggil.

“Memanglah peminat akan cari Nazrey, sebab kalau ada saya, lengkaplah Raihan. Ia ibarat sebelah tangan ada lima jari. Kalau tiada satu jari, tidak lengkaplah. Jadi begitulah keadaannya.

“Kalau dijemput, saya lihat lengkaplah persembahan itu. Tetapi, mana tahu, saya dijemput… Tiada masalah. Bagi saya, dipanggil, Alhamdulillah, tidak dipanggil pun, Alhamdulillah. Saya bukan buat-buat, sememangnya saya tiada masalah,” katanya.

Difahamkan, Nazrey bakal tampil di Konsert Nasyid Legenda yang akan diadakan di Dewan Sivik MBPJ pada 29 Oktober depan.