fbpx

Nazim Othman Rancang Bersara, Harap Dapat Berlakon Filem

Pelakon Nazim Othman mengejutkan ramai apabila memaklumkan dia suah mula berfikir untuk bersara daripada dunia seni namun enggan mendedahkan punca dia membuat keputusan itu.

Memetik mStar Online, Nazim berkata dia tidak akan berkongsikan kepada umum bila dia akan bersara serta mengatakan puncanya lebih kepada peribadi.

BACA: Hormat Suami, Bella Dally Tidak Akan Berlakon Dengan Nazim Othman

“Terlalu peribadi untuk saya kongsikan. Bukan berkaitan dengan industri puncanya tapi lebih kepada peribadi. Bila (waktu bersara) itu pun saya tak boleh kongsi. Tunggu sahaja,” katanya.

Menurut Nazim lagi, dia sudah memberitahu rancangan tersebut kepada rakan-rakan terdekat termasuk beberapa pengarah terkenal. Malah, dia turut berharap dapat berlakon filem sebelum bersara.

“Saya pernah bercakap dengan beberapa orang pengarah dan menyuarakan hasrat agar dapat berlakon filem sebelum bersama.

“Sepanjang 15 tahun menjadi anak seni, saya tak pernah berlakon filem. Semoga impian itu akan tercapai sebelum saya bersara.

“Tentang perancangan masa depan semua saya sudah sediakan. Saya ada exit plan sendiri apa yang hendak dibuat selepas ini. Apa saja yang hendak dilakukan saya perlu fikir secara terperinci,” katanya.