fbpx

Hormat Suami, Bella Dally Tidak Akan Berlakon Dengan Nazim Othman

Pelakon Bella Dally memberitahu dia tidak akan berlakon sama dengan Nazim Othman demi menghormati suaminya, Ariff Izuddin Mohd Radzali.

“Saya seorang yang profesional. Tapi saya memilih untuk menghormati suami. Maka saya tidak akan berlakon sama dengan Nazim,” katanya kepada Astro Gempak.

BACA: Bella Dally Ditahan Rentas Negeri

Sementara itu, Bella berkata kerjaya lakonannya kini agak perlahan sert mengakui lebih berminat untuk menerima watak berkaitan dengan memperkasa wanita.

“Saya masih berlakon walaupun sekarang memang agak perlahan. Jika boleh saya mahu terbabit dengan naskhah yang bersifat memperkasa wanita berbanding menjadi wanita teraniaya,” katanya.

Dalam pada itu, sepanjang tidak berlakon, Bella banyak menghabiskan masa sebagai seorang pereka konten dimana dia berkongsikan mengenai aktiviti dan gaya hidup sihat.

“Jika memenuhi komitmen dengan klien pun, ia mesti masih berkaitan dengan gaya hidup saya.

“Saya rasa buat masa ini agak seronok menjadi pereka konten kerana ia tidak memakan masa yang lama seperti berlakon. Jadi saya punya lebih banyak masa yang boleh dihabiskan bersama keluarga atau suami,” katanya.

Untuk rekod, Bella pernah mendirikan rumah tangga dengan Nazim Othman pada 2016 namun berpisah pada 2018,