Nazim Othman Mahu Bawa Watak Askar
Pasti ramai tahu pelakon kacak Nazim Othman sering kali tampil dalam drama berkisarkan percintaan, watak anak orang berada dan CEO syarikat.
Baru-baru ini, perkongsian Nazim menjadi perhatian ramai apabila memuat naik video memaparkan sekumpulan askar menamatkan latihan mereka. Nazim juga turut memaklumkan kepada pihak produser diluar sana bahawa dia bersedia untuk memegang watak sebagai askar.
BACA: Terpalit Isu Janna Nick, Nazim Othman Mohon Maaf
View this post on Instagram
“Kepada para produser tersayang, selain watak sebagai anak CEO Megah Holdings, saya juga bersedia untuk memegang watak seperti ini. Pada masa akan datang, tolong pertimbangkan saya. Terima kasih,” katanya.
Perkongsian Nazim itu mendapat reaksi daripada pengarah dan penerbit, Sheila Rusly yang mengatakan akan menawarkan watak sedemikian.
Sheila sempat mengusik sama ada Nazim berani atau tidak untuk berdepan dengan Sarjan Qamar yang ganas dan Mem Maria, watak dalam drama bersiri Leftenan Zana terbitannya.
Komen Sheila itu dibalas oleh Nazim yang mengatakan dia juga boleh menjadi seorang yang ganas. Ujarnya, selama ini ramai sangkakan dia seorang yang lembik.
Sementara itu rata-rata netizen menyokong pelakon itu untuk mencuba watak yang jauh berbeza daripada karakter yang pernah dilakonkan sebelum ini.
- SUMBER
- Cari Forum
Bkn dulu ko ngidam nk bawa watak nyah ke?
dia ni memang ingat dia orang korea ke. alahai kelakar
Ko berlakon bawak watak sajat jek la nazim weh.
ala ala manja je nazim ni nak attention ???
better pelakon2 ni cbe jd pengarah, sendri berlakon… sendri mengarah.. sebab kadang2 idea pelakon ni lg bagus dr pengarah2 sekarang ske ciplak novel2..aku dh bosan dgn citer sampah2 syok sendri..
Nak jadi askar 4 inci “Fondasyen & lipstick” tak boleh pakai dek Non. Acaner tu ???