fbpx

Nazim Othman Beri Bayangan Sudah Ada Pengganti?

Selepas berpisah dengan Bella Dally, Nazim Othman seakan banyak menghabiskan masa bercuti untuk mencari ketenangan hati. Tapi perkongsian terbaru Nazim, bayangan seorang gadis menimbukan tanda tanya.

BACA: Nazim Othman Tayang Badan Separuh Bogel Pula

Gambar tersebut dikongsikan Nazim di Instagram, menunjukkan bayangan beliau dan seorang gadis. Malah kepsyen untuk gambar tersebut juga agak ‘sesuatu’. Ramai mengandaikan pelakon itu sudah menemui cinta baru.

Di ruangan komen, Nazim hanya berdiam diri dan membalas beberapa komen sahaja yang mendoakan kebahagiaan beliau andai betul sudah menemui cinta hati baru. Ramai juga bertanyakan identiti bayangan si gadis tersebut.

Agak lama juga rasanya Nazim tidak memuat naik wajah gadis lain sejak berpisah dengan bekas kekasih beberapa bulan lalu. Mungkin sekarang Nazim sudah ‘move on’ dan menemui kekasih baru? (rtky/w)