Mengikat tali pertunangan pada tahun lalu, sehingga kini masih ramai yang berteka-teki tentang tarikh perkahwinan yang bakal berlangsung bagi pasangan Nazim Othman dan Bella Dally. Namun bagi Nazim, beliau tidak mahu terlalu mensensasikan hari bahagia mereka, bagaimanapun memilih laman Instagram untuk mengumumkan perkara itu jika sudah tiba.
BACA: Nazim Othman Elak Sentuh, Peluk Bukan Mahram
“Memang seseorang selebriti itu seratus peratus milik masyarakat, apabila ianya berkaitan dengan kerjaya. Tapi apabila melibatkan hal peribadi pula terpulanglah pada selebriti itu sendiri. Kalau orang lain, kalau mereka hendak bercerita sampai ke dalam kelambu pun sekalipun, itu hak mereka. Tapi bagi saya dan Bella, kami ada cara kami sendiri”
“Berahsia bukan bermakna takut populariti jatuh tapi sebab ianya lebih kepada privasi. Lagipun saya mahu mengelakkan pihak daripada terlalu mensensasikan hari perkahwinan saya. Tarikhnya sudah ada tetapi saya belum sedia berkongsi. Apa yang boleh saya katakan, majlis saya akan berlangsung dalam masa yang terdekat ini. Majlis saya sederhana saja”
“Setakat ini semuanya berjalan lancar dan ada beberapa perkara lagi yang saya perlu selesaikan. Apabila semuanya sudah okay, saya akan berkongsi dengan lanjut di Instagram mengenai tarikh nikah, tempat dan lain-lain lagi,” katanya kepada portal Astro Gempak berhubung dengan perkembangan persiapan hari perkahwinan yang berlangsung tidak lama lagi.
Walau apapun semoga segala perancangan dan urusan yang sedang dirangcangkan akan berjalan dengan lancar serta dipermudahkan olehNya. Pasti ramai yang tidak sabar dan teruja ingin melihat pasangan, Nazim Othman dan Bella Dally ini naik pelamin setelah sekian lama menunggu. (rkty/w)