fbpx

Nasha Aziz Cedera Kena Rompak Di Lampu Isyarat, Rugi RM40,000

Berita Nasha Aziz ini agak tenggelam dalam media massa kerana ia’nya dalam kategori berita jenayah.

KOSMO! hari ini melaporkan yang pelakon dan model Nasha Aziz disamun dua lelaki bermotosikal di persimpangan lampu isyarat di Jalan Persiaran Ampang Hilir kelmarin.

Nasha Aziz di’katakan baru sahaja mengeluarkan sejumlah wang dari bank berdekatan sebelum kejadian berlaku.

Kejadian yang berlaku di siang hari rembang itu (jam 3.23 petang) itu menyebabkan Nasha Aziz kerugian sebanyak RM40,000 termasuk nilai barangan berharga beliau.

Nasha Aziz yang di’temani rakan wanita’nya memandu kereta jenis Naza Ria percaya penjenayah tersebut merupakan warga negara Indonesia.

Kisah tentang Nasha Aziz yang tercedera tidak dapat kami paparkan kerana kekurangan informasi dari laman web rasmi KOSMO!. Jika anda ada naskah KOSMO! hari ini, kongsikan bersama kami.