Nasha Aziz Buat ‘Live’ Sambil Bersihkan Kubur Jadi Perhatian

Lama rasanya tak dengar cerita mengenai pelakon dan model jelita, Nasha Aziz. Baru-baru ini tular perkongsian seorang individu mengenai Nasha.

Menerusi hantaran di Threads, individu itu memuat naik sesi siaran langsung memaparkan Nasha Aziz sedang membersihkan kawasan kubur.

BACA: “Bini Aku Lagi Lawa Dari Nasha Aziz” – Rosyam Nor

Ketika sesi live itu, Nasha turut menjawab persoalan netizen mengenai rezeki diberikan Allah dan dia akan gunakan untuk kembali berbakti.

“Allah bagi I rezeki cantik lawa untuk apa I guna kan? Untuk berbakti InshaAllah,” katanya.

Dalam pada itu, Nasha berkata dia membersihkan kawasan perkuburan kerana banyak sampah seperti botol air serta bunga yang dibuang merata.

“Beli bunga mereka campak je. Mereka bawa botol air untuk siram arwah, mereka campak je. Taman perkuburan ini jadi seperti tempat pembuangan sampah,” katanya.

Diruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan tindakan pelakon itu serta mendoakan agar apa yang dilakukan oleh Nasha itu dibalas dengan kebaikan.

Malah, ada yang meninggalkan komen pernah terserempak dengan Nasha ketika berada di surau dan memuji kecantikan pelakon itu.

SUMBER: Beautifulnara

×