fbpx

“Bini Aku Lagi Lawa Dari Nasha Aziz” – Rosyam Nor

Baru-baru ini, pelakon Datuk Rosyam Nor berkongsikan pengalamannya bekerjasama dengan Nasha Aziz dimana aktres itu banyak membantunya dari segi pakaian untuk menjayakan filem Laila Isabela.

Menerusi temu bual bersama penyampai radio DJ Nazz, Rosyam berkata Nasha meminta bantuan untuk mengajarnya dalam lakonan.

BACA: Rosyam Nor Tiada Masalah Ambil Artis Kontroversi, Setiap Orang Buat Silap

@dj_nazz

Jemput Tonton yang penuh #kerusidjnazz bersama Datuk @Rosyam Nor …. #begitubeginidjnazz #begitubegini #djnazz #kerusidjnazz #pasangbadan #roshamnor #nashaaziz

? original sound – DJ Nazz – DJ Nazz

“Masa kami buat filem itu, kami tak ada wardrobe specific yang dijaga. Nasha kata, ‘tak apa, awak ajar saya berlakon, pakaian awak saya siapkan.’

“Dia kan model, dia tahu pasal fesyen. Aku bodoh, anak setinggan mana tahu pasal fesyen. Selepas itu dia suruh aku beli baju dan dia tolong siapkan pakaian untuk setiap babak,” katanya.

Sementara itu, Rosyam berkata dia tidak pernah menyimpan perasaan terhadap aktres itu apatah lagi dia sentiasa sedar statusnya sebagai suami orang serta mengatakan isterinya lebih cantik dari Nasha.

“Aku jatuh cinta dengan dia, dalam filem kena jatuh cinta. Luar filem, aku kawan dengan dia. Bini aku lawa, kau tak kenal bini aku. Bini aku lagi lawa dari Nasha Aziz,” katanya.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji isteri kepada aktor itu sememangnya memiliki rupa paras yang cantik.

Dalam pada itu, ramai yang mengagumi Rosyam yang sayang akan isterinya malah mengatakan sejak dulu lagi aktor itu tidak pernah terpalit dengan gosip.

SUMBER: TikTok DJ Nazz