fbpx

“Nanti Kahwin I Pakai Macam Elfira Cantik Tak?”

Meskipun sudah dua minggu Elfira Loy mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya, Faris Khairol Anuar, majlis perkahwinannya masih lagi menjadi bualan ramai netizen. Mana tidaknya, kesemua busana perkahwinan pelakon itu sememangnya sangat cantik dan indah.

Dalam pada itu, kecantikan busana Elfira itu juga turut menjadi perhatian usahawan kosmetik, Nur Sajat yang mengimpikan baju kahwin seperti itu.

BACA: “Muka Cantik Tapi Suara Macam Abang Askar, Kan Unik Tu?”

Seperti sudah dijangka, komen Sajat itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Di ruangan komen rata-rata netizen masih mempersoalkan isu jantina Sajat. Biarpun ramai yang mengecam, namun ramai yang tidak sabar untuk melihat kedua-dua mereka berkahwin.

Terdahulu, Sajat didakwa di mahkamah atas kesalahan gagal membayar cukai GST dan nama lelakinya iaitu Muhammad Sajjad Bin Kamaruz Zaman turut disiarkan di laporan akhbar.

Bagaimanapun menerusi satu laporan media, Sajat berkata nama sebenarnya tiada permulaan Muhammad atau Nur tetapi hanyalah Sajjad. Malah Sajat juga mendakwa, pihak wartawan telah memutar belitkan namanya.