fbpx

Nana Mahazan Syukur Rezeki Melimpah Ruah Selepas Berhijab

Membuat keputusan untuk berhijrah dengan tampil berhijab pada Ogos lalu, penyanyi dan pengacara Nana Mahazan meluahkan rasa syukur rezeki untuknya tidak pernah putus.

Malah, Nana berkata dia turut terkejut apabila menerima banyak tawaran selepas berhijab. Malah, Nana berkata perniagaan yang diusahakannya turut dipermudahkan.

BACA: Peminat Mula Pakai Stoking Kerana Nana Mahazan

“Alhamdulillah. Ini semua kuasa Tuhan. Saya terkejut apabila saya menerima pelbagai tawaran baru selain bisnes yang diusahakan berjalan dengan lancar.

“Pada awalnya memang ada terdetik rasa takut kalau tawaran dalam bidang seni akan berkurangan, tapi saya enggan terlalu memikirkan soal itu kerana percaya dengan rezeki Allah.

Bagi saya, Tuhan boleh tarik rezeki bila-bila masa. Tapi, selagi kita taat kepada segala perintah-Nya pasti semuanya akan dipermudahkan,” katanya.

Dalam pada itu, Nana turut berharap kepada mereka yang mahu berubah ke arah kebaikan supaya tidak takut kerana soal rezeki di tangan Allah.

“Jangan takut untuk berubah kerana setiap kebaikan yang kita lakukan pasti akan meraih ganjaran lumayan.

“Cuma kita perlu sentiasa jujur dan punya niat yang betul. Jangan berubah kerana orang lain, sebaliknya kita sendiri yang nak dipandang baik di sisiNya,”katanya.