Peminat Mula Pakai Stoking Kerana Nana Mahazan
Bulan lalu, ramai selebriti wanita membuat keputusan untuk berhijrah termasuk penyanyi dan pengacara Nana Mahazan apabila tampil berhijab.
Perubahan Nana itu turut mendapat respon positif daripada peminatnya yang mendedahkan sudah mula mengenakan stoking kerana pengacara itu.
BACA: Nana Mahazan Kini Berhijab, Syukur Hidayah Sampai Awal
Bagaimanapun, Nana berkata sebaiknya jika peminat tersebut melakukan kebaikan atau perubahan kerana Allah dan bukan kerana dirinya yang naif dalam hal agama.
“Jangan buat sebab saya, tapi Allah. Kalau bab pakai stoking, tanyalah orang yang lebih arif. Jangan tanya saya yang sangat naif dalam bab agama.
“Saya bukan orang yang betul untuk kalian tanya. Tapi kalau awak pakai stoking sebab tengok saya, alhamdulillah,” katanya.
Menerusi sesi IG Live, Nana berkata dia sangat terharu apabila ramai yang mendoakan kebaikan buat dirinya sejak mula berhijab. Namun, dia mengakui ada kalanya dia tidak layak menerima pujian tersebut.
“Segala pujian itu cuma untuk Allah. Saya masih Nana yang dulu. Saya cuma nak jadi lebih baik dari segi penampilan. Sebab penampilan ini satu perkara yang saya sedang bergelut. Tapi tak perlu cerita lanjut kepada orang.
“Ini semua proses saya dan saya amat bersyukur. Tuhan beri rasa itu. Bila bertaubat dan lalui saat itu, saya rasa manis dan nikmat,” katanya.
- SUMBER
- Kosmo!
Semua copycat menyampah zaman sekarang orang socks die socks cermin gila nampak fake
Kelakar dari berhijab Tak berhijab cam lakonan ur realself don’t copy and be something you are not before like crazy crazy suddenly tukar wannabe muslimah dulu free hair kutuk muslimah sekarang taste ur own medicine. Berhijab for your own self not for revenge
Sudah Tua nak gi mampos da baru sibuk nak berhijab haha sebenarnye takut mampos kena covid Tu .. Tu acah bertaubat semua cam izara aishah kaki sedut cawan Tu
Ko semua diamlah, orang nak berhijab ko menyalakkkk. Biarlah dia nak buat kebaikan, patut disyukuri bukan dikeji
Ramai geng2 Siti Kassim rupenyer dalam ni, bahasa pun macam Bangla baru smpai.. ko dah kenapa nak menyalakk sini..pegi depan2 dia sana cakap tak pas ati ko..Bahalul
Org buat baik, mengata, buat buruk lagi la. Kalau rasa xbole nak cakap yg baik2, elok tutup je mulut ko guna staplerr
Perkara baik..buat sesuatu yg baik kita patut raikan dan hargai. Da ko gigih nak jugak mengutuk sesuatu yg baik kenapa dikk..ko takut sunyi tak berteman di neraka sana kah
Sentiasa berfikiran positif
Alhamdulillah Nana.. moga terus istiqomah..
#spreadpositivity
Keep it up kak na, Alhamdulillah dpt tarik minat org luar tuk bersarung kaki, which is benda wajib tuk d buat tetapi masih rmai d luar sana yg dah lama brhijab pun masih memandang enteng dlm bab stockin nie.
Keep it up n always positive kak na, Alhamdulillah dpt tarik minat org luar tuk bersarung kaki, which is benda wajib tuk d buat tetapi masih rmai d luar sana yg dah lama brhijab pun masih memandang enteng dlm bab stockin nie.
Alhamdullilah. Benda baik mcm ni patut jadi contoh. Semoga istiqomah nana. Memang susah pnuh dugaan tapi insyaAllah. Kuatkan iman ya.