fbpx

“Nampak Sangat Ini Lebih Kepada Perbuatan Khianat”

Sejak memenangi Persembahan Terbaik di AJL 33 yang lalu, nama penyanyi Sufian Suhaimi menjadi buah mulut orang ramai. Beberap hari lalu, timbul cerita panas dimana tersebar foto lelaki mirip Sufian bermesra dengan seorang gadis.

Bagaimanapun, Sufian menganggap gambar tular itu sengaja ditimbulkan untuk mensabotajnya memandangkan ia dimuat naik selepas kemenangannya di AJL baru-baru ini.

BACA: Sufian Suhaimi Sudah Ada Kekasih Baru, Foto Mesra Tersebar?

“Sejujurnya saya berasa ralat dengan perkara ini. Dalam masa sama, saya tak terkejut. Saya berasakan ini bukan satu isu besar dan tak perlu pun diperbesarkan.

“Kalau boleh berhenti beri perhatian pada isu ini. Tak nak ia jadi fokus orang ramai. Biarkan ia berlalu begitu saja.

“Sedangkan ada perkara lebih gembira ingin dikongsi. Nampak sangat ini lebih kepada perbuatan khianat,” katanya kepada Harian Metro.

Katanya lagi, dia enggan mengambil pusing dan cara terbaik adalah dengan membiarkan saja gosip itu berlalu. Dalam pada itu, mengulas lanjut mengenai hubungannya dengan gadis misteri itu, Sufian memberitahu mereka tiada hubungan istimewa.

“Sampai sekarang saya masih solo. Saya berhak untuk berkawan dengan sesiapa saja,” katanya.