fbpx

Nampak Real! Iklan 3D ‘Jurassic World Dominion’ Di KLCC Curi Tumpuan

Seakan-akan hidup! Betul-betul nampak real dan menakutkan. Haa, kalau anda lalu di KLCC pasti anda perasan kan iklan 3D ‘Jurassic World Dominion’ yang tersergam di skrin besar yang terletak di Jalan Ampang, berhadapan dengan Menara Berkembar Petronas (KLCC) itu.


Serius gais, kalau tengok iklan 3D itu memang rasa nak lari jer, haha! Mana taknya, anda akan rasa macam dinasour tu nak keluar dari skrin dan kejar anda. Mana boleh tak seram, ye dak?

Kalau anda nak tahu, skrin ini yang mempunyai paparan yang jelas dan keupayaan anamorfik di mana anda mampu melihat paparan 3D seperti kehidupan sebenar pada skrin digital bersaiz besar!

JURASSIC WORLD DOMINION

No wonderlah ramai pengguna jalan raya dan pejalan kaki di persimpangan antara Jalan Ampang, Jalan Yap Kwan Seng, dan Jalan P. Ramlee tersebut tertarik dengan iklan ini.

Legend Kembali!

(dari kiri) Kayla Watts (DeWanda Wise), Dr. Ellie Sattler (Laura Dern) & Giganotosaurus dalam Jurassic World Dominion, arahan Colin Trevorrow.

Kalau anda nak tahu iklan yang ditayangkan itu adalah trailer filem baharu ‘Jurassic World Dominion’ arahan Colin Trevorrow, yang bakal ditayangkan di pawagam pada 9 Jun nanti!

Wah, akhirnya filem legend ini buat comeback! Dah lama rasanya kita tak tonton filem pengembaraan dan cereka sains ini kan? Seingat kami, filem pertama mula ditayangkan pada 1993 dan mempunyai 4 sekuel dari filem tersebut. Jadi, filem ‘Jurassic World Dominion’ ini adalah filem ke-5 mereka.

Bryce Dallas Howard sebagai Claire Dearing dalam Jurassic World Dominion

Masih mengekalkan konsep trilogy, tahun 2022 bakal menjadi pengakhiran kepada dunia Jurassic World apabila threqualnya, ‘Jurassic World Dominion’ ini bakal ditayangkan pada 9 Jun ini. Kalau dah tonton filem Jurassic Park sebelum ini, anda wajib tonton filem terbaharu ini tau. Kalau tak, memang tak faham lah.

Kami yakin ramai yang teruja untuk menonton filem ini selepas lihat iklan yang diletakkan di skrin besar berhampiran KLCC tu. Anda rasa, apa kesudahan filem paling epik dalam sejarah ketamadunan ini ya? Adakah wujud keamanan antara manusia dan dinosaur atau bangsa manusia bakal pupus? Fuh, seram juga ni.

Claire (BRYCE DALLAS HOWARD) dalam JURASSIC WORLD DOMINON, arahan Colin Trevorrow

Kami yakin filem ini sangat menarik untuk ditonton. Kalau tengokkan trailer pun sampai tak berkedip mata dan melopong mulut, inikan pula kalau tengok habis satu filem, tak sabarnya!

Dah nama pun filem dinosaur, mestilah perhatian diberikan pada dinasour-dinasour ini kan? Satu lagi, bukan sekadar menampilkan dinosaur yang popular, T-Rex jer, menerusi ‘Jurassic World Dominion’ ini juga anda akan diperkenalkan dengan beberapa spesies baru termasuk Atrociraptor, dinosaur yang jelas lebih pantas, lebih kuat dan lebih pintar! Amacam? Teruja ke idok?

JURASSIC WORLD: DOMINION

Jadi kami tak naklah biarkan kami jer teruja sorang-sorang, nah khas untuk anda yang belum lagi tengok trailer tu. Tapi kalau nak betul-betul rasai pengalaman yang menakjubkan, silalah tonton filemnya pada 9 Jun nanti, hiks.

(dari kiri) Dr. Alan Grant (Sam Neill), Maisie Lockwood (Isabella Sermon) & Owen Grady (Chris Pratt) dalam Jurassic World Dominion.

Jangan ditunggu lagi gais, dah boleh plan dengan kawan-kawan atau sedara mara anda tu untuk terjah pawagam 9 Jun ini! Kami guarantee filem ini sangat berbaloi untuk ditonton. Boleh lah jumpa dengan hero kesayangan, Chris Pratt dan ramai lagi pelakon-pelakon hebat!

Pada pendapat kami threqual terakhir ni bakal menutup kemas filem dinosaur paling popular dalam sejarah ini. Rugi weh kalau tak tengok filem epik nih. Jangan lupa buat reminder untuk saksikan ‘Jurassic World Dominion’ di pawagam 9 Jun nanti ya.

JURASSIC WORLD DOMINION

Oh ya, sebelum terlupa, mulai hari ini hingga 12 Jun, United International Pictures Malaysia akan mempamerkan animasi Paparan Anamorphic 3D JURASSIC WORLD DOMINION selama 15 saat di CuBig @ KLCC, dan turut ‘mengambil alih’ Sunway Pyramid LG2 Blue Concourse dengan memaparkan Blue & Beta Statue Display serta pelbagai aktiviti yang menyeronokkan!

Anda boleh bawa rakan dan keluarga anda ke sini, dan kongsi pengalaman anda di sosial dengan hashtag-ing #MYJurassicWorld dan #IniEraJurassic!

Info lanjut boleh ke LINK INI.