fbpx

Nampak Macam Baby Bump, Uqasha Senrose Hamil?

Baru-baru menerusi sesi siaran langsung hangat diperkatakan apabila netizen dikatakan ternampak ‘baby bump’ pelakon Uqasha Senrose.

Memetik Kosmo, menerusi sesi live tersebut ada netizen mempersoalkan perkara itu, namun Uqasha tidak menjawab sebaliknya hanya membiarkan soalan tersebut.

BACA: Wanita Dakwa Jadi Mangsa Buli Meninggal Dunia, Uqasha Dikatakan Sebagai Punca Kematian

Tidak dapat dipastikan mengapa soalan itu dijawab dan mungkin juga Uqasha tidak mahu menjawab kerana perkara tersebut tak benar dan hanya andaian netizen.

Namun, memang agak ketara juga ‘baby bump’ tersebut dan berbeza daripada bentuk perut buncit.

Apa pun jika benar, tahniah diucapkan buat Uqasha dan Kamal Adli. Sama-sama kita doakan yang baik-baik buat pasangan tersebut.