fbpx

Nampak Macam Baby Bump, Fasha Sandha Hamil Anak Keempat?

Baru-baru hangat diperkatakan apabila tular video yang dimuat naik di aplikasi TikTok memaparkan pelakon Fasha Sandha berada di sebuah gedung pakaian.

Menerusi video itu, Fasha yang memakai baju berwarna hijau sedang menjinjit beg kertas di kedua-dua belah tangannya.

BACA: Fasha Sandha Akui Bekas Suami Baik Hati Walau Terkenal Dengan Kontroversi

@alfaromalaysia

#foryou #pyp #viralvideo @fashasandha

? original sound – Fendi?

Apa yang menjadi perhatian, dalam video tersebut seolah menampakkan bentuk perut aktres itu kelihatan seperti baby bump sekaligus menjadi bualan ramai.

Rata-rata netizen memuji kecantikan Fasha seperti bintang Bollywood iaitu Kareena Kapoor, malah ada netizen mendakwa Fasha sedang hamil anak keempat.

Setakat ini masih tiada pengumuman daripada Fasha mengenai spekulasi netizen itu. Apa-apa pun sama-sama kita nantikan.