Fasha Sandha Akui Bekas Suami Baik Hati Walau Terkenal Dengan Kontroversi
Pasti ramai tahu, meskipun sudah bercerai dan sudah pun mempunyai kehidupan masing-masing namun pelakon Fasha Sandha tetap menjalin hubungan baik dengan bekas suaminya Jejai atau Rizal Ashram Ramli.
Baru-baru ini, menerusi perkongsian di Insta Story, Fasha ada menjawab soalan peminat mengenai dirinya yang masih berbaik dengan bekas suaminya itu.
BACA: Fasha Kongsi Nama Anak Elisya Sandha, Bunga El Haq
Individu itu meluahkan rasa suka melihat Fasha dan bekas suaminya bergaduh sesama sendiri serta meminta tip untuk menjadi ikutan buat pasangan lain.
Menjawab soalan peminatnya itu, Fasha berkata pada awalnya dia dan bekas suaminya mempunyai sedikit salah faham namun semakin berusia mereka berbaik demi anak-anak.
“Sejujurnya, hmm, ada ketika mula-mula dulu ada juga sedikti salah faham, tapi bila dah menghampiri umur banyak, sama-sama berbaik demi anak-anak. Penting untuk anak-anak semua nampak kami semua harmoni,” tulisnya.
Dalam pada itu, Fasha berkata mungkin bekas suaminya itu terkenal dengan kontroversi namun seorang lelaki yang yang baik.
“Rizal adalah daddy dan salah seorang lelaki yang baik yang i pernah jumpa. Dia mungkin terkenal dengan kontroversi, tapi sejujurnya dia baik,” tulisnya.
Terdahulu, Fasha dan Jejai pernah berkahwin pada 27 April 2012 namun bercerai pada 20 Januari 2016. Pasangan itu, dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putera Rayfal dan Putri Raysha Jemyma.
- SUMBER
- Murai.my
Nak promot ex keww??
Duit ata masyukkk poket utk anak2 sentiasa ata penoh maa….mmgler muji sokmo
Cuba baca ayat yg rotikaya tulis kat atas ? “Individu itu meluahkan rasa suka melihat Fasha dan bekas suaminya bergaduh sesama sendiri serta meminta tip untuk menjadi ikutan buat pasangan lain” Rasan2 apa yg pelik ?
Knp la gosip RK ni cam hanat eh?
Next?
Reporter Rotikaya level budak lepasan SPM sgt gosip cam taik!
buat2 lupa pula dia pun penyumbang kontroversi penyebab penceraian orang lain. Nasib mangsa onar dia tu skrang bahagia dan dah berkira ngan dia. Kurang sikit beban dosa tu.
Biasalah orang ni kalau diulit bahagia dia akan terlupa onar yg dia buat kat orang dulu. Tapi apa2 pun kena bayar juga.
Diamlah Fasha. Kau pun viral dgn gedix kau nak laki org dulu. Merajuk konon jejai still baik dgn ex. Dah ada anak bersama dorang memeylah dorang berbaik. ngeekkkk punya prmpuan!