Sejak kebelakangan ini, penyanyi Ernie Zakri sering ditanya mengenai soal berkaitan kehamilan gara-gara perubahan fizikalnya dilihat sedikit berisi.
Bagaimanapun, desas desus spekulasi itu semakin kuat apabila jelas kelihatan baby bump menerusi satu video dimuat naik oleh Ernie.
BACA: Ernie Zakri, Syamel Janji Tak Sorok Jika Benar Hamil
View this post on Instagram
Meskipun tiada lagi pengesahan daripada tuan badan sendiri, ruangan komen video tersebut dihujani dengan ucapan tahniah daripada rakan artis dan peminat.
Terdahulu, Syamel berkata dia akan berkongsikan berita gembira itu kepada para peminat sekiranya Ernie benar-benar hamil. Ernie dan Syamel mendirikan rumah tangga pada 26 Mac lalu di Masjid Puncak Alam, Selangor.