fbpx

Ernie Zakri, Syamel Janji Tak Sorok Jika Benar Hamil

Sejak kebelakangan ini, penyanyi Ernie Zakri sering ditanya mengenai soal berkaitan kehamilan gara-gara perubahan fizikalnya.

Menafikan dirinya sedang berbadan dua, Ernie berkata dia mempunyai perancang menimang anak pertama dan ini bukan masa sesuai kerana masih bersedih dengan pemergian ibu mentuanya.

BACA: Baru Buka Berapa Bulan, Ernie & Syamel Terpaksa Jual Kedai Makan

“Siapa saja yang sudah berkahwin mesti mahu menimang cahaya mata dan sudah tentu itu perancangan saya dan Syamel. Kalau boleh lepas kahwin nak cepat-cepat dapat anak. Cuma waktu sekarnag ini tengah dalam kesedihan dan ketiadaan umi.

“Tolong doakan saya supaya cepat ada rezeki anak bersama Syamel. Mungkin rezeki suami saya beri makan itu sebabnya (perubahan fizikal),” katanya.

Sementara itu, Syamel berkata dia akan berkongsikan berita gembira itu kepada para peminat sekiranya Ernie benar-benar hamil.

“Kami tak ada masalah untuk kongsi berita gembira. Kalau ada nanti kami sendiri akan beritahu kepada semua orang. Kami tak akan rahsiakan, bila asa masa yang sesuai, saya dan Ernie akan beritahu supaya semua orang boleh doa yang baik-baik,” katanya.

Ernie dan Syamel mendirikan rumah tangga pada 26 Mac lalu di Masjid Puncak Alam, Selangor.