fbpx

Umum mengetahui, sedang hangat diperkatakan mengenai kemelut rumah tangga pengarah terkenal Syamsul Yusof apabila isteri pertamanya, Puteri Sarah telah pun memfailkan perceraian.

Meskipun berdepan kemelut rumah tangga, namun Syamsul dilihat tenang dan ceria melayan peminatnya yang mahu mengambi gambar bersama.

BACA: Netizen Puji Syamsul Yusof Tetap Sporting Layan Peminat

@syamsulyusoffilm

Nampak abg kat luar tu tegur2 lah ye.#TqAllah

? bunyi asal – Syamsulyusoffilm – Syamsulyusoffilm

Baru-baru ini, Syamsul dilihat ada memuat naik video di TikTok sedang melayan peminatnya yang mahu bergambar di sebuah stesen pam minyak.

Menerusi video tersebut, Syamsul turut menulis kapsyen meminta orang ramai menegurnya sekiranya terserempak di mana-mana.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang kagum dengan pengarah terkenal itu serta mendoakan agar urusan bersama keluarga dipermudahkan.