fbpx

Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan mengenai drama terbaru berjudul Kekasih Hati Mr Bodyguard yang disiarkan di kaca televisyen.

Pelakon utama yang juga heroin drama tersebut iaitu Instafamous, Sharifah Rose turut berkongsikan trailer drama berkenaan di laman Twitter miliknya.

https://twitter.com/sharifahrose/status/1393512867186450443

Bagaimanapun, rata-rata netizen mengecam lakonannya yang dikatakan ‘kayu’. Malah, ada yang hairan bagaimana Instafamous itu ditawar berlakon.

Meskipun ramai mengecam, namun ada segelintir netizen mempertahankan Rose supaya memberikannya peluang untuk menunjukkan bakat memandangkan baru sahaja bergelar pelakon.

Malah, ada netizen memberikan contoh beberapa pelakon lain pada awalnya lakonannya kurang memuaskan namun selepas menjalani kelas lakonan kini semakin menjadi pilihan.

Tidak kurang juga, ada yang memberi nasihat kepada Rose supaya masuk kelas berlakon selepas ini untuk mengasah lagi bakat lakonan.