fbpx

“Nak Terus Panggil Saya ‘Oppa’, Panggillah”

Pelakon Nazim Othman berkata dia menghormati panggilan ‘oppa’ yang diberikan oleh peminat dan tiada masalah jika terus memanggilnya dengan gelaran tersebut.

Memetik Harian Metro, Nazim berkata dia mengganggap panggilan yang diberikan oleh peminat sebagai satu penghargaan,

BACA: Nazim Othman Buat ‘Muka Raya’, Netizen Ngeri Tengok Jarum

“Panggilan ‘oppa’ itu memang daripada peminat. Jadi, saya tak kisah pun mereka (peminat) nak panggil ‘oppa’ sebab mungkin sekadar untuk suka-suka saja. Tak ada masalah pun.

“Tapi, sekarang rasanya dah kurang dah peminat panggil saya ‘oppa’. Maklumlah, sejak meningkat usia. Bagaimanapun, saya terima dan okey saja jika mereka nak terus panggil saya dengan gelaran ‘oppa’ itu. Biarlah,” katanya.

Bakal muncul dengan drama terbaru berjudul Sorry Naik Lori, Nazim berkata dia berpeluang untuk beraksi dalam genre komedi.

Menurutnya, pada awalnya dia tidak yakin apatah lagi sebelum ini sering mendapat watak berat dan agak serius.

“Ini adalah kali pertama saya berlakon drama komedi dan perasaan bimbang itu mulanya tetap ada kerana risau tak menjadi. Tapi, saya bernasib baik mendapat pasangan pelakon seperti Ruhainies yang amat membantu.

“Selepas membawakan watak Khairul ini, baru saya tahu rupanya ada sisi komedi juga di dalam diri saya yang mampu dilakonkan dengan baik. Selama ini, hanya rakan tertentu saja yang tahu saya boleh berjenaka,” katanya.