fbpx

“Nak Susahkan Hidup Antivaksin, Mereka Bukan Penjenayah, Pengganas”

Baru-baru ini hangat diperkatakan apabila Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengeluarkan kenyataan mahu mengambil pendekatan untuk ‘menyusahkan’ hidup golongan antivaksin.

Kenyataan KJ itu mendapat reaksi positif daripada rakyat, namun ada yang kurang senang dengan perkara itu termasuk, pelakon Zul Yahya yang turut menyuarakan pandangan mengenai hal berkenaan.

BACA: “Antivaksin Tak Boleh Rentas Negeri, Lepak Rumah Rita Rudaini, Zul Yahya Jelah”

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Zul berkata golongan yang tidak mengambil vaksin bukan penjenayah atau pengganas sehingga perlu menyekat kebebasan untuk hidup dengan baik.

“Tidak sampai 10 % golongan yang tidak mengambil vaksin dan mereka bukan penjenayah atau pun pengganas, mereka juga ada dikalangan orang alim dan mereka juga banyak membantu negara dan rakyat,” tulisnya.

Kata Zul lagi, ada di antara mereka terdiri daripada orang-orang alim dan memberi sumbangan membantu negara serta rakyat.

“Makna ikhtiar itu luas @khairykj. Simpan perkara ini sampai ke akhirat. InsyaAllah kamu menuntut didunia, kami menuntut diakhirat,” tulisnya.