fbpx

“Sponsor Sajalah, Janganlah Ubah Budaya Pasukan”

Afdlin Shauki mungkin antara ribuan peminat bola sepak Malaysia yang terpaksa berhadapan dengan tsunami tajaan gergasi kosmetik Malaysia ketika ini namun dalam masa yang sama, pelakon ini turut dikecam dalam kenyatannya baru-baru ini di Facebook.

BACA: Isteri Arwah Harun Salim Bachik Dedah Sikap Afdlin Shauki

Nak Sponsor, Sponsor Sajalah, Jangan Ubah Budaya Pasukan

Kebanyakan komen yang ditinggalkan pada statusnya menegaskan bahawa apa yang dilakukan oleh Datuk Seri Vida mempunyai hak sebagai penaja utama untuk menentukan imej pasukan dan meminta Afdlin berfikiran terbuka dalam mengkritik keadaan.

Selain itu, ramai juga penyokong pasukan Pamoga Qu Puteh TRW menyatakan mereka tidak mempunyai pilihan kerana tajaan bernilai RM16 juta dilihat mampu menamatkan krisis kewangan yang dialami kelab tersebut.

Apa pun, setiap individu pastinya mempunyai pendapat masing-masing dan apa yang pasti juga, tahun ini akan menyaksikan suasana berbeza dan meriah dengan kehadiran imej baru Pamoga Qu Puteh TRW. Jika anda sudah jadi penaja, pastinya anda mahukan pulangan yang berbaloi, bukan? (rtky/s)

Gambar Ihsan: Utusan Online