fbpx

Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan mengenai kemelut usahawan sensasi, Sajat apabila dilihat saling berbalas kenyataan dengan adiknya, Mustika di media sosial.

Memetik mStar Online, ibu kepada usahawan itu iaitu Maimon Omar berkata biar apa pun berlaku dia tetap menyayangi kedua anaknya itu serta berharap mereka berbaik.

BACA: Adik Sajat Mengamuk, Dakwa Abang Kaki Kelentong Makan Duit Orang

“Tak kiralah anak itu jahat macam mana sekalipun saya tetap sayang dia. Sebab tiada mak di dunia ini yang tak sayang anak.

“Jadi saya tak nak mereka bergaduh sampai mahu berputus saudara… itu tak baik dan tidak dialu-alukan dalam Islam,” katanya.

Menurut Maimon lagi, dia tidak mahu menyebelahi kedua-dua belah pihak kerana dia sayangkan kedua-dua anaknya itu dan akan sedaya upaya menenangkan mereka.

“Saya tak masuk mana-mana belah pihak. Dua-dua saya sayang, walau macam mana pun dia, dia tetap anak saya. Dua-dua saya back up. 

“Nak tenangkan Sajat, saya akan cakap dah la..dahla. Nak tenangkan Mustika pun, saya akan cakap dah la, kau jangan buat lagi apa dia tak suka. Nak tenangkan tak nak bagi bergaduh.

“Saya tak tahu masa Sajat telefon tu tengah Live, saya cerita macam biasa tapi rupanya dia gunakan apa saya cakap tu buat orang dengar. Dah la dulu orang cakap saya mata duitan,” katanya.

Dalam pada itu, Maimon turut menitipkan pesanan buat anak lelakinya itu supaya berdiam sahaja jika tidak suka akan sesuatu kerana tindakannya itu membuatkan ramai tahu masalah keluarga mereka.

“Nak pesan pada Sajat… tak suka diam! Sebab bila dia buat macam ini bukan sahaja satu Malaysia tapi satu dunia tahu masalah keluarga,” katanya.