fbpx

Nak Pertahankan Hak Wanita, Puteri Sarah Mahu Bertanding PRU16

Pelakon Puteri Sarah meluahkan hasratnya untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) pada lima tahun akan datang.

Menerusi perkongsian di Insta story, Puteri Sarah berkata dia melihat undang-undang untuk mempertahankan hak golongan wanita di negara ini masih tidak kuat.

BACA: “Bila Dia Puji Masakan Hari Saya Sangat Indah, Tak Perlu Benda Lain Dah” – Puteri Sarah

“Lagi lima tahun nak bertanding jugalah untuk pertahankan hak wanita kerana di Malaysia perkara itu masih tidak kuat. Perlu ada seseorang yang lantang bercakap untuk semua mangsa,” katanya.

Seakan serius dengan impian tersebut, Puteri Sarah berkata dia perlu belajar serta mendalami ilmu politik dan undang-undang.

“Buat masa sekarang saya belajar dulu tentang politik dan undang-undang. Politik yang berkitan dengan ekonomi dan kesihatan.

“Ambil diploma atau ijazah sarjana muda untuk pengiktirafan juga adalah langkah terbaik. Ada sesiapa nak undi tak?” tulisnya.

Sejak beberapa bulan lalu hangat diperkatakan apabila Puteri Sarah mengambil tindakan undang-undang terhadap Ira Kazar yang didakwa menjadi orang ketiga dalam rumah tanggannya bersama Syamsul Yusof.