“Bila Dia Puji Masakan Hari Saya Sangat Indah, Tak Perlu Benda Lain Dah” – Puteri Sarah
Pelakon Puteri Sarah berkata dia mengakui rindu meluangkan masa memasak untuk suami tercinta, pengarah terkenal, Syamsul Yusof.
Menerusi satu temu bual Next To Neelofa baru-baru ini, Puteri Sarah berkata ketika PKP dia suka mencuba pelbagai jenis masakan sehingga dia mahir di dapur.
BACA: Puteri Sarah Heret Ira Kazar Ke Mahkamah Ogos 2023
View this post on Instagram
“Masa PKP, daripada saya tak berapa pandai sangat memasak terus saya jadi macam restoran. Ok hari ni nak makan apa? Saya suka masak ala-ala Kham Heong, Butter Chicken dan perkara tu mengajar saya juga,” katanya.
Menurut Puteri Sarah lagi, dia berasa puas apabila suami memuji masakannya dan baginya tiada perkara lain yang diperlukannya. Sarah turut berkongsikan dia turut berselawat setiap kali sebelum memasak.
“Saya suka bila dia makan, puji masakan saya sedap dan dia habiskan semua lauk. Saya suka sangat. Saya rasa puas hati masak untuk suami.
“Jadi pada saya perkara itulah yang betul apabila kita masak dengan penuh kasih sayang. Bila dia puji kita tu kita rasa macam tak perlu benda lain dah, hanya nak pujian suami. Bila dia puji masakan, perkara itu dah buat hari saya cukup indah.
“Setiap kali sebelum memasak, saya akan selawat dan baca doa ‘Ya Allah, bagilah suami saya sayang saya, saya tahu suami penat bekerja’ semua saya cakap,” katanya.
Apa yang menjadi perhatian, apabila disoal sama ada dia rindukan momen tersebut, Puteri Sarah dilihat terdiam seketika dan menjawab ya.
Terdahulu, Puteri Sarah berkata dia akan tetap meneruskan tindakan saman terhadap wanita yang didakwa menganggu rumah tangganya iaitu Ira Kazar.
- SUMBER
- Xtra
Kesian…apa yg semua pasangan harapkan tak kira lelaki tau perempuan adalah perhargaan & kesetiaan…jgnlah layan org luar kalau dan ada pasangan walaupun dlm dunia cyber tak pernah jumpa. Tak suka lama2 jadi lain…harap Syamsul nampaklah luahan hati dia…sad dah ada anak2 yg comel bijak…
sama mcm kes mak aku. Masak tu sampai hidang kat suami, tuang kan air, basuh beras tu doa mcm2. memang ayah aku xkan lapar la bila dgn mak aku. ada je idea dia. Ayah aku tetap nak cari betina muda.
Bila mak aku pesan utk buat mcm dia buat, doa semua tu, aku ckp. “mama buat pun ayah cari lain? so xde point la doa2 tu? “
Jaga Suami ni asas yang paling penting ada 2 ..
pertamanya hormat bila berkata kata
Kedua..jaga makan minum dia
Kena seiring..baru lah bole tarik suami..dan rumahtangga harmoni.
orang selalu cakap jaga makan minum somi, jaga penampilan diri supaya selalu naik selera somi dan bla bla bla bla bla.. tapi end up still cari lain, sebab apa? sebab dah nafsu dia macam tu.. tak cukup satu..
so pesan aku pandai pandai la pilih somi.. kalau buruk sangat rupa orang mengata, kalau helok pulak dirampas orang… hmmm ntah la labuuu
Btul sgt, bapak aku plak klu da bini jga perut cnne sklipun, klu da jnis gtal merenyam.. kwin lain jgak.doa tu blh.. usaha jgak tu.
Mak saya tak masak pun. Arwah ayah gosok baju sendiri. Kdg-kdg baju kerja mak pun arwah ayah tlg gosok. Mak pun bukan jenis jaga penampilan. Tapi arwah ayah tetap setia dan manjakan mak hingga hujung nyawa.
Sbb tu org ckp perkahwinan ni perjudian. Dpt yg elok2 semua syukurla. Tp tuhlah manusia tkkan sempurna. Dpt muka pecah rumah. Layan bini mcm permaisuri. Ade yg miskin pun kaki betina. Yg ensem melampau plak kaki setia.
Kalau tgh bahagia ke sedih ke jgn up sis .no point.org dok gelak je…manusia kan..mulut tk leh tutup …hati tkkan pernah puas…baik diam je..
Untuk @jah
Doa dan ikhtiar tu tugas kita. Yg tentukan tahap mana jantan tu gatal atau tak, ada byk faktor lain.
Yg persoalkan apa guna berdoa dan buat semua tu utk pastikan somi stay tapi somi masih curang… Muhasabah diri. Makanan bkn perkara utama. Byk je pasangan tak masak2.. tp cukup romen atau sikap kasih syg jujur bertolak ansur… Tapi ada juga spesis yg mmg gatal. Kita pun x tau mungkin perpisahan lebih baik. Sbb tu doa tu x makbul. Tu je nak khabaq..
Percubaan PS (puteri sampah) untuk angkat bakul sendiri. Hebat sangat ke memasak? Habis tu mengapa banyak dok tapau dari restoran aje?
Kalau hebat sangat, Syamsul tak Caro kebahgiaan dengan perempuan lain lah. Takyah nak ngada-ngada depan orang ramai lah LOSER!!!
It’s kazar masak sedap llgi kot. Nasi kgkang. Tu yg samsul Lupe dh Ade bini dn ank kot